Kanak-kanak Slow Learner



Kanak-kanak slow leaner adalah kanak-kanak yang tidak boleh atau tidak mampu untuk mengikuti pembelajaran di sekolah / kurikulum / disekolah biasa. Kanak-kanak ini terlalu lambat untuk mencapai satu-satu objektif pengajaran yang mudah / objektif jangka pendek. mereka mempunyai daya rangsangan yang lemah serta rendah.

Cara-cara mengenalpasti kanak-kanak bermasalah

Antara ciri-ciri kanak-kanak slow learner adalah seperti berikut:-


  • Kemampuan yang rendah daripada normal
  • Sukar untuk berkomunikasi
  • Hanya memahami perkara ringkas
  • Berfikiran jangka pendek
  • Sukar memproses maklumat
  • Prestasi yang kurang memuaskan
  • Hanya dapat memproses soalan yang ringkas
  • Memiliki self-image yang buruk
  • Lambat menyelesaikan tugas
  • Sukar untuk menguasai kemahiran
  • Daya ingatan yang rendah
Masalah slow learner ini boleh berpunca daripada pelbagai sumber. Diantaranya adalah:-

  • Baka
  • Pengalaman yang tersekat
  • Intelek yang rendah
  • Masalah emosi
  • Kematangan yang lambat
  • Lemah daya ingatan
  • Mudah terganggu tumpuan
  • Faktor-faktor kesihatan
  • Persekitaran
  • Amalan pemakanan
  • Kesan semasa mengandung
  • Ubat yang diambil ketika mengandung
  • Kemalangan
  • Sosio-ekonomi


Cara mengatasi masalah slow learner:-

  • Ibubapa boleh merujuk pakar slow learner ini
  • Banyakkan latih tubi
  • Jauhkan dendaan yang bersifat negatif
  • Hadkan pengambian ubat ketika hamil
  • Mengamalkan pemakanan yang sihat
  • Menghantar kanak-kanak slow learner ke sekolah yang sesuai
  • Memperbanyakkan interaksi 
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang sesuai dan menyeronokkan. Sebagai contoh daripada senang ke susah dan daripada konkrit ke abstrak.
  • Memaksimumkan penggunaan pancaindera kanak-kanak

Comments

Popular Posts